Hari ini merupakan hari kedua umat Islam berpuasa. Hari ini juga merupakan hari yang penuh cabaran dan dugaan bagi kami sekeluarga. Ketiga-tiga anak yang belajar di asrama balik ke rumah untuk menyambut awal ramadan dan berbuka puasa di rumah. Dan hari ini Ahad saya terpaksa menghantar mereka balik semula ke asrama masing-masing. Jam 10.30 pagi kami seramai 7 orang bertolak dari rumah di USJ1 , Subang Jaya menuju ke MRSM Pasir Salak.Dalam perjalanan sepanjang lebuhraya PLUS, hujan turun dengan lebatnya berhampiran Sungkai. Kami kemudian singgah sebentar di kawasan rehat dan rehat Tapah untuk mengisi minyak , dan akhirnya kami sampai di Kg Gajah jam 1.00 ptg. Anak lelaki saya yang kedua telah menawar diri untuk memandu dari Tapah ke Kg Gajah.
Selepas selesai memunggah barang dan mengucapkan selamat kepada anak yang ketiga, kami pun bertolak balik menuju KL. Tiba di Plaza Tol Tapah jam 2.30ptg, kami singgah sebentar untuk solat jamak Zuhur dan Asar. Saya sempat membuat tambah nilai kad Touch n Go, rezeki yang tak didiuga dapat rebat sebanyak RM200 kerana telah menggunakan kad PLUSmiles. Syukur alhamdulillah.
Perjalanan bersambung lagi, menuju ke arah Dengkil. Sampai di lay by Rawang arah selatan, pemandu bertukar tangan bila anak saya mula mengantuk. Perjalanan diteruskan ,dan kami keluar di Plaza Tol Putrajaya menghala Dengkil. Kami sampai di pekan Dengkil , sekolah Kiblah jam 4.20ptg. Sekolah Kiblah ialah sebuah sekolah agama swasta ,menempatkan pelajar tingkatan satu hingga lima. Anak lelaki (yang keempat dalam lima beradik ) sedang menuntut di tingkatan satu di sini. Selepas selesai mengangkat barang dan pakaian serta makanan, saya memberi sedikit wang belanja . Kami pun berlepas ke destinasi terakhir iaitu Seremban.
Dari pekan Dengkil , keluar ke pekan Nilai dan masuk semula ke lebuhraya PLUS di plaza tol Nilai selatan. Kami tiba di Kolej Mara Seremban jam 5.10ptg. Di sini anak kedua saya sedang mengambil kursus A Level selama 2 tahun.
Kami keluar di plaza tol Seremban jam 6.00ptg menuju balik Subang Jaya. Dalam perjalanan singgah sebentar di kawasan rehat dan rawat Seremban untuk membeli makanan untuk berbuka. Saya telah memesan nasi goreng dan teh tarik.
Perjalanan di sambung lagi, keluar di Plaza tol Kajang dan menghala ke Subang Jaya melalui lebuhraya LDP (Litrak) . Alhamdulillah sampai di rumah jam 7.30ptg, dan sempat berbuka di rumah bersama isteri , anak yang sulung dan yang bongsu. Keseluruhan perjalanan memakan masa selama 9 jam.
No comments:
Post a Comment