Sunday, December 12, 2010

Bengkel Pembangunan Noss

Dah 4 hari di Grand Seasons Hotel......bengkel pembangunan NOSS anjuran CIDB. Ada tujuh peserta yang ambil bahagian. Program bermula jam 9 pagi sehingga lebih kurang 11.30 mlm.
Makanan memuaskan dengan enam kali disediakan.....sarapan pagi,minum pukul 10am, makan tengahhari, minum pukul 3pm, makan malam dan minum pukul 10pm.....bengkel ,makan dan makan.........

Sunday, December 5, 2010

Benta







Hari ini saya bersama keluarga dan mak mertua telah balik melawat rumah yang lama di tinggalkan di Kg Melayu Benta, Kuala Lipis ,Pahang. Semenjak bapa mertua meninggal dunia kira-kira lima tahun lepas, rumah ini semakin sepi dan ditinggalkan tanpa penghuni. Rumah ini terletak di depan masjid Benta dan berhampiran Pekan sehari Benta. Mak mertua akan bergilir tinggal di rumah anak-anaknya di Subang Jaya, Desa Petaling , Kuantan dan Kertih.


Tengah hari tadi juga kami menikmati patin masak tempoyak di Restoran Sedaya, berhampiran Stesen Bas Benta. Tuan punya restoran kebetulan ialah bapa saudara isteri , iaitu adik kepada mak mertua saya yang memang telah lama membuka restoran di bandar ini.