Sunday, September 11, 2011

Hari Raya ,Merdeka dan Buka sekolah

Dua minggu lepas merupakan minggu yang sibuk.......

Isnin 29/8 : Balik ke Kuantan,kampung halaman untuk beraya.
Selasa 30/8 : Hari Raya Aidil Fitri.Solat sunat raya di Masjid Tok Sera yang baru.
Rabu 31/8: Hari Kemerdekaan. Pergi ke Pekan untuk ziarah kubur kedua ayahanda dan bonda.
Khamis 1/9: Ada di USJ1, Subang Jaya....rumahku syurgaku
Jumaat 2/9 : Bertolak ke Johor Bharu.......bermalam di Pulai Springs Resort Hotel
Sabtu 3/9 : Pendaftaran pelajar baru UTM Skudai bagi anak sulung.Bertolak balik ke KL selepas jam 3 petang.
Ahad 4/9 : Perjalanan ke Kg Gajah, Pasir Salak ,Perak menghantar anak ke-3 balik asrama.
Isnin 5/9 : Ke LCCT menghantar anak ke-2 balik Langkawi. Nasib baik sampai di Lapangan Terbang sahaja.

Hari ini 11/9 : Ke Kg Gajah, Pasir Salak lagi untuk mejenguk anak di sana. Katanya sakit perut tak baik-baik lagi.Terpaksalah datang untuk bawa ubatan dan madu.