Sunday, December 12, 2010

Bengkel Pembangunan Noss

Dah 4 hari di Grand Seasons Hotel......bengkel pembangunan NOSS anjuran CIDB. Ada tujuh peserta yang ambil bahagian. Program bermula jam 9 pagi sehingga lebih kurang 11.30 mlm.
Makanan memuaskan dengan enam kali disediakan.....sarapan pagi,minum pukul 10am, makan tengahhari, minum pukul 3pm, makan malam dan minum pukul 10pm.....bengkel ,makan dan makan.........

Sunday, December 5, 2010

Benta







Hari ini saya bersama keluarga dan mak mertua telah balik melawat rumah yang lama di tinggalkan di Kg Melayu Benta, Kuala Lipis ,Pahang. Semenjak bapa mertua meninggal dunia kira-kira lima tahun lepas, rumah ini semakin sepi dan ditinggalkan tanpa penghuni. Rumah ini terletak di depan masjid Benta dan berhampiran Pekan sehari Benta. Mak mertua akan bergilir tinggal di rumah anak-anaknya di Subang Jaya, Desa Petaling , Kuantan dan Kertih.


Tengah hari tadi juga kami menikmati patin masak tempoyak di Restoran Sedaya, berhampiran Stesen Bas Benta. Tuan punya restoran kebetulan ialah bapa saudara isteri , iaitu adik kepada mak mertua saya yang memang telah lama membuka restoran di bandar ini.




Tuesday, November 23, 2010

Genting oh genting

Malam ni ada di Genting Highland.............jamuan makan malam perpisahan untuk bekas CEO.
Dah bersama dengan kami selama 3t ahun 3 bulan .

Wednesday, November 10, 2010

Cerita Lucu 2

Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa

Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa."Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?""

Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak."

Apakah kelakuan kamu baik disini?""

Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal.
Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."

Cerita Lucu

Rasa Nak Muntah
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya."Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut."Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek."Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Saturday, October 9, 2010

10.10.10

An interesting fact about 10 October 2010 : This October has 5 Friday, 5 Saturdays and 5 Sundays, all in one month. It happens once in 823 years.

Thursday, September 16, 2010

A bit of humour

A woman called the Canon helpdesk because her printer refused to print. The technician asked her if she was running it under Windows. The woman responded, "No, my desk is next to the door. The mans sitting in the cubicle next to me is under a window and his printer is working fine."

Banting

Sejak pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati dan tiga orang yang lain, nama Banting makin dikenali. Banting terletak kira-kira 32km dari bandar Kelang dan 20km dari KLIA. Ia merupakan bandar utama dalam daerah Kuala Langat dan berada di tepi Sungai Langat. Tempat yang menarik di Banting ialah terletaknya tempat bersejarah saperti Istana Bandar, Masjid Alaudin, Makam Sultan Abdul Samad Jugra dan Pantai Morib.

Jumlah penduduk Banting lebih kurang 50,000 orang, dan bandar ini banyak tarikan untuk membeli belah barangan tekstil dan popular dengan cendol dan rojak mi. Di Banting juga terletak Kolej Matrikulasi dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat Latihan TUDM, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Komuniti.

Malah semenjak April 2010, telah banyak kali saya berulang alik ke Banting , kerana anak sulung sedang belajar di Kolej Matrikulasi Banting. Kolej ini mula beroperasi tahun ini dan boleh menempatkan 3000 pelajar. Bandar Banting menjadi lebih sebuk dihujung minggu ketika banyak kereta dari luar menghantar pulang anak masing-masing.

Tempat makan yang disyorkan : Cendol Ibrahim dan Nasi Ayam Banting.
Rempeyek dan kerepek juga mudah diperolehi di sini.

Friday, September 10, 2010

Cucu

Hari Raya aidil fitri hari ini merupakan kali pertama saya beraya tanpa ibu yang di kasihi. Ibu telah pulang kerahmatullah kira-kira 50 hari yang lepas. Ayah pula telah lama meninggalkan kami semenjak 15 tahun yang lepas. Walaupun begitu kami adik beradik dapat berkumpul tanpa kehadiran ibu dan merayakan adil fitri kali ini sesama sendiri. Aruah ibu mempunyai 28 orang cucu ,yang paling tua berumur 20 tahun dan yang paling bungsu setahun. Sembilan cucu masih di bawah 7 tahun, dan selebihya masih bersekolah. Ada 13 cucu perempuan dan 15 cucu lelaki. Walaupun ibu telah tiada, saya harap cucu-cucu ibu akan bertambah lagi pada tahun-tahun akan datang.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Menyambut Aidil Fitri........maaf zahir dan batin semoga tahun ini bertambah kemakmuran dan keberkatan.

Friday, September 3, 2010

The Marvels of Green Tea

Green tea has antioxidant properties,polypenols, theanine and many minerals and vitamins. Polypenols is helpful in the preventionn of cancer and heart disease. Studies have shown that a very low percentage of people in Japan and China are afflicted with cancer and this is due to effects of drinking green tea, While drinking green tea can provide some protection from cancer, it's still best for smokers to quit smoking completely and get rid of nicotine to lower their risk of cancer.

Consumption of green tea also helps control blood pressure. Research proved that catechins in green tea help burn calories, lower LDL cholestrol and reduce body weight. Green tea has also being used for anti-ageing purposes. Its ability to lower blood sugar, chelate iron and ability to control the production of nitric oxide in one's body are all very important.

Note : Average lifespan of people
Japan : Male 76.25 years , Female 82.51 years
French: Female 80.94 years
Switzerland : Female 80.90 years
Iceland : Male 75.74 years, Female 80.89 years
Sweden : Male 75.35 years, Female 80.79
Hong Kong : Male 74.9 years
US ; Male 70.72 years, Female : 79.1 years

Sunday, August 29, 2010

Syarikat konsesi lebuhraya beri diskaun

Menurut petikan berita semalam empat syarikat konsesi lebuhraya telah bersetuju untuk memberi diskaun 20 peratus kepada pengguna lebuhraya sempena ulangtahun ke-53 kemerdekaan negara kita. Lingkaran Transkota Sdn Bhd (LITRAK) pula memberi laluan percuma kepada semua pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) bermula jam 12.01 pagi 31 Ogos sehingga tengah malam hari kemerdekaan. Sebanyak 450,000 kenderaan perbagai kelas termasuk kenderaan persendirian,teksi bas dan lori akan menikmati kemudahan tol percuma pada hari tersebut.

Syarikat konsesi Plus Expressway Berhad (Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson) ,Linkedua Sdn Berhad (Johor Baru ke Singapura)dan Elite Sdn Bhd (Lebuhraya Utara Selata Hubungan Tengah) cuma memberi diskaun 20% kepada kenderaan persendirian sahaja brrmula 12 tengah malam hingga 7 pagi pada 31 Ogos dan 1 September.

Selepas kita merdeka 53 tahun , inilah julung kali syarikat konsesi member laluan percuma keatas pengguna lebuhraya.
Menurut satu sumber lain, Kerajaan pada dasarnya telah bersetuju untuk menaikkan kadar tol lebuhraya LDP pada tahun depan dan sehingga Mac 2010, LITRAK telah untung sebanyak RM29.5 juta.

Thursday, August 12, 2010

Tips : How to pack a suitcase

Many of us overpack for our holidays-40% of women admit taking too many shoes, for instance. Some ideas to let you squeeze more in and help them arrive in good shape :
Place heaviest items, such as shoes and denim in the bottom.
Leave dresses in dry cleaning bags and fold them at the waist. If packing more than one, pile them up and and fold.
Turn suit jackets inside out and fold them in half along the body. Fold suit trousers along the crease.
Roll knits rather than folding them. Takes up less room and avoid wrinkles. Ditto for cotton items and ties.
Put beauty products into small bottles. You can always leave them behind
Fill handbags with socks and underwear. It saves space and keeps their shape.

Happy packing !

Wednesday, August 11, 2010

Selamat berpuasa

Hari ini umat islam di Malaysia mula berpuasa di bulan ramadhan.....sudah menjadi trend masa kini ,saya menerima ucapan selamat berpuasa dari rakan-rakan melalui sms.

Antara sms yang saya terima :



1)Selamat menyambut ramadhan al mubarak.Bersama kita berusaha perbanyakkan amal yang

soleh mudah2an diterima allah dan mendapat redhaNya.

2)Selamat menyambut ramadhan almubarak semoga semua amalan di berkati allah.

3)Selamat menjalani ibadah puasa ramadhan al mubarak.

4)Salam ramadan al mubarak 1431 Hijrah.Semoga amalan kita diberkati dan dimurahkan rezeki.

5)Ketuanan melayu,sultan berkuasa

Negara malaysia maju berjaya,

Salam semua selamat berpuasa,

Moga ibadah dilakukan dengan jaya

6)Syaaban berakhir ramadhan tiba, hati bersyukur pada yang esa,

Bulan Syafaat bulan mulia,kami mengucapkan selamat berpuasa.

7)Marhaban ya ramadhan...selamat menjalankan ibadah puasa ramadhan...dengan hati tulus dan bersih.

8)Nama saya sya'aban! Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya iatu Rezeki & kedua anaknya iaitu Sahur dan Iftar! Mereka akan ditemani oleh ketiga2 cucunya iatu Rahmat,Barakah & Makfirah... Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat Eid airlines...Hargai mereka dan anda akan mendapat berkat...

9)Semuga satu bulan mendatang penuh kesabaran, empat minggu keimanan, 30 hari keberkatan, 720jam kasih sayang dan 43000 minit penuh senyuman... salam ramadhan al mubarak.

10)Selamat bersahur dan berpuasa esok, moga murah rezeki dan sihat sejahtera sekeluarga.


Tetapi yang pentingnya amalan puasa kita sentiasa diberkati Allah............

Sunday, August 8, 2010

Asian brand

The emergence of South Korean brand LG on the world stage is part of an important trend reshaping global business:the rise of non-Japanese Asian brand. For the past 60 years, Asian manufacturers proved highly adept at producing consumer products with great efficiency but were not nearly as good at designing and marketing them under their own brand names.


Asian companies are now ascending the value chain, developing expertise in innovation, marketing and design. They are building brands in addition to products. Korea's Hyundai, is becoming the world's best car, while Samsung, not Nokia, is the top mobile-phone brand in the US. In computers, Taiwan Acer has become the world's No. 2 PC brand, ahead of Dell.


We hope a Malaysian product will one day become a world brand...........


Note: world mobile-phone market share in 2009 (source : IDC)

Nokia 38.1%

Samsung 20.1%

LG 10.4%

Sony Ericcson 5.0%

Motorola 4.9%

Friday, August 6, 2010

Proton dan Perodua bergabung

Mengikut berita terbaru penggabungan Proton dan Perodua akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Perodua memililki kepakaran dalam mengeluarkan kereta kompak, dan gabungan kedua pengeluar kereta nasional itu akan menggembirakan peminat kereta tempatan. Mungkin nama kereta yang sesuai nanti ialah Duaton....
10 kenderaan nasional teratas Jun 2010 .
1) Proton Saga
2) Perodua Viva
3) Perodua Myvi
4) Proton Persona
5) Perodua Alza
6) Proton Exora
7) Proton Satria Neo
8) Proton Waja
9) Proton Gen2
10) Proton Savvy

10 kenderaan bukan nasional teratas Jun 2010

1) Toyota Vios
2) Toyota Hilux
3) Honday City
4) Nissan Grand Livina
5) Toyota Camry
6) Honda Civic
7) Honda accord
8) Toyota Avanza
9) Naza Kia Forte
10) Honda CRV

Di China, pengeluar kereta Hyundai-Kia telah mengatasi Toyota dalam jualan kereta selama enam bulan pertama tahun ini. Gabungan Hyundai dan Kia semenjak 1998 membuatkan kedua pengeluar berkongsi sumber, menjadi lebih padu dan menguntungkan.
Kita berharap Duaton akan menjadi kenyataan ..............

Thursday, July 29, 2010

Majlis tahlil

Bacaan yasin dan tahlil untuk bonda yang telah kembali ke rahmatullah seminggu yang lepas............di surau berhampiran.

Wednesday, July 28, 2010

Penang

Hari ni ke Penang..........melihat status projek jambatan kedua Pulau Pinang