Thursday, February 3, 2011

Misi Menyelamat Ke Mesir

Berita utama akhbar hari ini........ kapalterbang dan kapal laut bersiap sedia hendak ke Mesir yang sedang bergolak dalam misi menyelamat 20,000 rakyat Malaysia termasuk 11,319 pelajar yang sedang menuntut di sana. KD Sri Indera Sakti kapal serbaguna TLDM telah diarah bersiap sedia dan 3 kapalterbang TUDM Hercules C-130 telah pun berlepas ke Kahirah semalam.

Syarikat penerbangan MAS akan menerbangkan pesawat Boeng 747-400 (muatan 359 penumpang) dan AirAsia pula akan menghantar pesawat Airbus A320 yang akan menerbangkan rakyat Malaysia dari Kahirah ke Jeddah. Di anggarkan 3000 orang akan di terbangkan setiap hari. Salah seorang pelajar tersebut ialah anak saudara saya yang berada di Kahirah tahun pertama pengajian di sana.

Sama-sama kita doakan misi menyelamat ini dapat disempurnakan tanpa banyak halangan.

No comments:

Post a Comment