Dah hampir 2 tahun berulang ke Kg Gajah ,Pasir Salak Perak. Paling kurang sebulan sekali kerana menengok anak yang bersekolah asrama disana.
Pasir Salak tempat bersejarah.Dato' Maharajalela, orang Besar negeri Perak yang mengarahkan pembunuhan JWW Birch, Resident British yang pernah menjajah negara Perak yang berdaulat.
Dia dibunuh pada 2 Nov 1875 oleh si Puntum, seorang orang asli dan beberapa pahlawan Melayu di Pasir Salak. Birch dibunuh kerana kurang ajar terhadap orang Melayu, raja Melayu (Sultan Abdullah) dan adat Melayu termasuk juga agama Islam. Namun Maharajalela ditangkap dan dibunuh akibat dikhianati oleh bangsanya sendiri yang bersekongkol dengan British waktu itu.
Nak ke Kg Gajah memakan masa lebih kurang 2jam setengah perjalanan dari Subang Jaya. Kalau menggunakan lebuhraya PLUS keluar ke pekan Tapah ,dan tuju arah Kg Gajah ambil masa lebih kurang setengah jam.
Di Kg Gajah boleh jumpa penjual putu cawan dan putu bambu.
Bandar berdekatan Kg Gajah ialah Teluk Intan.
No comments:
Post a Comment