Tuesday, November 23, 2010

Genting oh genting

Malam ni ada di Genting Highland.............jamuan makan malam perpisahan untuk bekas CEO.
Dah bersama dengan kami selama 3t ahun 3 bulan .

Wednesday, November 10, 2010

Cerita Lucu 2

Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa

Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa."Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?""

Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak."

Apakah kelakuan kamu baik disini?""

Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal.
Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."

Cerita Lucu

Rasa Nak Muntah
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya."Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut."Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek."Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Saturday, October 9, 2010

10.10.10

An interesting fact about 10 October 2010 : This October has 5 Friday, 5 Saturdays and 5 Sundays, all in one month. It happens once in 823 years.

Thursday, September 16, 2010

A bit of humour

A woman called the Canon helpdesk because her printer refused to print. The technician asked her if she was running it under Windows. The woman responded, "No, my desk is next to the door. The mans sitting in the cubicle next to me is under a window and his printer is working fine."

Banting

Sejak pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati dan tiga orang yang lain, nama Banting makin dikenali. Banting terletak kira-kira 32km dari bandar Kelang dan 20km dari KLIA. Ia merupakan bandar utama dalam daerah Kuala Langat dan berada di tepi Sungai Langat. Tempat yang menarik di Banting ialah terletaknya tempat bersejarah saperti Istana Bandar, Masjid Alaudin, Makam Sultan Abdul Samad Jugra dan Pantai Morib.

Jumlah penduduk Banting lebih kurang 50,000 orang, dan bandar ini banyak tarikan untuk membeli belah barangan tekstil dan popular dengan cendol dan rojak mi. Di Banting juga terletak Kolej Matrikulasi dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat Latihan TUDM, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Komuniti.

Malah semenjak April 2010, telah banyak kali saya berulang alik ke Banting , kerana anak sulung sedang belajar di Kolej Matrikulasi Banting. Kolej ini mula beroperasi tahun ini dan boleh menempatkan 3000 pelajar. Bandar Banting menjadi lebih sebuk dihujung minggu ketika banyak kereta dari luar menghantar pulang anak masing-masing.

Tempat makan yang disyorkan : Cendol Ibrahim dan Nasi Ayam Banting.
Rempeyek dan kerepek juga mudah diperolehi di sini.

Friday, September 10, 2010

Cucu

Hari Raya aidil fitri hari ini merupakan kali pertama saya beraya tanpa ibu yang di kasihi. Ibu telah pulang kerahmatullah kira-kira 50 hari yang lepas. Ayah pula telah lama meninggalkan kami semenjak 15 tahun yang lepas. Walaupun begitu kami adik beradik dapat berkumpul tanpa kehadiran ibu dan merayakan adil fitri kali ini sesama sendiri. Aruah ibu mempunyai 28 orang cucu ,yang paling tua berumur 20 tahun dan yang paling bungsu setahun. Sembilan cucu masih di bawah 7 tahun, dan selebihya masih bersekolah. Ada 13 cucu perempuan dan 15 cucu lelaki. Walaupun ibu telah tiada, saya harap cucu-cucu ibu akan bertambah lagi pada tahun-tahun akan datang.