Thursday, September 16, 2010

Banting

Sejak pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati dan tiga orang yang lain, nama Banting makin dikenali. Banting terletak kira-kira 32km dari bandar Kelang dan 20km dari KLIA. Ia merupakan bandar utama dalam daerah Kuala Langat dan berada di tepi Sungai Langat. Tempat yang menarik di Banting ialah terletaknya tempat bersejarah saperti Istana Bandar, Masjid Alaudin, Makam Sultan Abdul Samad Jugra dan Pantai Morib.

Jumlah penduduk Banting lebih kurang 50,000 orang, dan bandar ini banyak tarikan untuk membeli belah barangan tekstil dan popular dengan cendol dan rojak mi. Di Banting juga terletak Kolej Matrikulasi dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat Latihan TUDM, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Komuniti.

Malah semenjak April 2010, telah banyak kali saya berulang alik ke Banting , kerana anak sulung sedang belajar di Kolej Matrikulasi Banting. Kolej ini mula beroperasi tahun ini dan boleh menempatkan 3000 pelajar. Bandar Banting menjadi lebih sebuk dihujung minggu ketika banyak kereta dari luar menghantar pulang anak masing-masing.

Tempat makan yang disyorkan : Cendol Ibrahim dan Nasi Ayam Banting.
Rempeyek dan kerepek juga mudah diperolehi di sini.

No comments:

Post a Comment