Wednesday, February 2, 2011

Tahun Arnab

Tahun ini masyarakat Cina menyambut tahun arnab. Arnab () ialah bintang haiwan yang keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang arnab dilambangkan oleh dahan duniawi. Arnab atau kelinci merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha.

Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi acip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.

Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal dari bahasa Arab, iaitu arnab. Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal dari bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab". Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972. Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal dari perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin.

Dalam budaya rakyat, arnab sering dijadikan watak penipu yang menggunakan kelicikan untuk mengatasi musuhnya.
Dalam mitos Aztek, satu dewata 400 dewa-dewi arnab yang bernama Centzon Totochtin, diketuai oleh Ometochtli atau Dwi-Arnab, melambangkan kesuburan, keraian, dan kemabukan.

Dalam mitos Cina, seekor ‘arnab jed’ mengiringi dewi Chang'e di Bulan. Arnab juga ialah satu daripada dua belas bintang dalam zodiak Cina. Harus diambil perhatian bahawa versi Vietnam bagi zodiak Cina menggantikan arnab dengan kucing, kerana arnab bukan haiwan asli di Vietnam.

Kaki arnab dibawa sebagai azimat yang dipercayai membawa tuah. Amalan ini terdapat di merata dunia, semenjak seawal-awal tahun 600 SM di Eropah.
Dalam mitos Jepun, arnab tinggal di Bulan untuk membuat pulut mochi. Ini berasal dari corak tompok-tompok gelap pada permukaan bulan yang menyerupai arnab yang berdiri berjengket-jengket sambil menumbuk lesung. Mitos Korea ada cerita yang seumpama ini, cuma arnab di bulan membuat kuih tteok.

Sunday, January 30, 2011

Wanita Solehah

Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : " Dunia adalah perhiasan dan sebaiknya perhiasan dunia ialah wanita solehah " (H.R Muslim)

Nabi Muhammad SAW bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu merasa kagum kepada wanita lalu timbul pesona dalam hatinya, maka segeralah dia menemui isterinya lalu gaulilah dia. Sesungguhnya hal itu akan dapat mengembirakan kesedaran dalam dirinya lagi." (H.R Muslim)

Sunday, December 12, 2010

Bengkel Pembangunan Noss

Dah 4 hari di Grand Seasons Hotel......bengkel pembangunan NOSS anjuran CIDB. Ada tujuh peserta yang ambil bahagian. Program bermula jam 9 pagi sehingga lebih kurang 11.30 mlm.
Makanan memuaskan dengan enam kali disediakan.....sarapan pagi,minum pukul 10am, makan tengahhari, minum pukul 3pm, makan malam dan minum pukul 10pm.....bengkel ,makan dan makan.........

Sunday, December 5, 2010

Benta







Hari ini saya bersama keluarga dan mak mertua telah balik melawat rumah yang lama di tinggalkan di Kg Melayu Benta, Kuala Lipis ,Pahang. Semenjak bapa mertua meninggal dunia kira-kira lima tahun lepas, rumah ini semakin sepi dan ditinggalkan tanpa penghuni. Rumah ini terletak di depan masjid Benta dan berhampiran Pekan sehari Benta. Mak mertua akan bergilir tinggal di rumah anak-anaknya di Subang Jaya, Desa Petaling , Kuantan dan Kertih.


Tengah hari tadi juga kami menikmati patin masak tempoyak di Restoran Sedaya, berhampiran Stesen Bas Benta. Tuan punya restoran kebetulan ialah bapa saudara isteri , iaitu adik kepada mak mertua saya yang memang telah lama membuka restoran di bandar ini.




Tuesday, November 23, 2010

Genting oh genting

Malam ni ada di Genting Highland.............jamuan makan malam perpisahan untuk bekas CEO.
Dah bersama dengan kami selama 3t ahun 3 bulan .

Wednesday, November 10, 2010

Cerita Lucu 2

Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa

Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa."Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?""

Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak."

Apakah kelakuan kamu baik disini?""

Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal.
Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."

Cerita Lucu

Rasa Nak Muntah
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya."Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut."Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek."Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”