Memakan pisang adalah kebiasaan yang baik. Pisang mengandungi lemak sayuran yang baik bagi kesihatan pembuluh darah. Pisang juga kaya dengan serat. Ini memudahkan kita membuang air besar. Selain itu pisang mengandungi kalium semula jadi yang baik bagi kesihatan jantung. Secara puratanya, setiap 100 gram pisang mengandungi 400 miligram kalium. Ini cukup bagi memenuhi keperluan kalium orang dewasa.
Ada 70 jenis pisang yg populor di Malaysia, antaranya Berangan, Rastali, Embun, Mas, Serendah, Rotan, Telor, Raja, Raja Udang, Nangka, Tanduk, Seribu, Awak, Nipah, Jackeyi,Maclayi, Kar Ngou, Klue Tiparot, Ta, Gorop, Tok, Menei, Rimina, Umbuku, Moruah, Musa Laterita, dll.
ReplyDeleteSesungguhnya amalan memakan pisang berupaya membina daya tahan terhadap penyakit serta menjadi zat penenang, melancarkan perjalanan darah dan melawaskan sistem perkumuhan.
Penemuan terbaru mendapati pisang berupaya menurunkan kadar tekanan darah serta mencegah penyakit kronik spt darah tinggi dan kencing manis dan juga dikatakan mampu menghindarkan penyakit ulser dalam perut.
Kita tidak sepatutnya menjadikan pisang sebagai pencuci mulut sahaja sebaliknya hedaklah menjadikanya sebagai makanan kesihatan semulajadi yang murah dan mudah didapati.
Ralf Schumacher (F1), Gary McAllister (bola sepak)dan Tiger Wood (bintang golf) mengamalkan memakan pisang sekurang-kurangnya dua biji sehari.
http://roshidan-rashid.blogspot.com