Saturday, March 1, 2014

Pengurusan kewangan peribadi

Amalan pengurusan kewangan peribadi yang berhemah



Kita sering kali terdengar tentang kisah wang dan masalah-masalah yang dihadapi disebabkan oleh wang. Namun begitu pernah kah kita terfikir apakah punca kepada semua permasalahan yang timbul itu. Jika kita renungkan kembali, kitalah yang menentukan sama ada wang dapat memberi keselesaan atau pun kesengsaraan kepada diri kita sendiri. Kita perlu tahu cara atau amalan yang betul dalam menguruskan kewangan peribadi supaya masalah ini tidak akan timbul. Konsep pengurusan kewangan peribadi itu sendiri sebenarnya amat ringkas; perbelanjaan tidak sepatutnya melebihi pendapatan dan simpanan perlu ditetapkan sebelum membuat perbelanjaan. Namun sejauh mana konsep ringkas ini dapat diikuti, itulah yang menjadi persoalan sehingga kini.
Tidak dinafikan wang merupakan medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Namun kita sebagai manusia sering kali melakukan kesilapan dalam menguruskan wang sehinggakan ia bukan sahaja menghantui golongan berpendapatan rendah, malahan yang berpendapatan agak lumayan juga tidak dapat lari dari masalah pengurusan kewangan.
Berikut merupakan antara beberapa kesilapan yang kerap dilakukan dalam menguruskan wang:
  • Sentiasa memberi alasan tidak ada masa sehingga gagal untuk merancang kewangan.
  • Kerap berbelanja dengan menggunakan kad kredit tetapi bayaran bulanan pula hanya pada tahap minimum.
  • Asyik memikirkan mengenai wang sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.
  • Berbelanja mengikut nafsu sehingga melebihi kemampuan.
  • Sering kali terlibat dalam pelaburan tetapi terlalu cetek ilmu yang ada mengenai produk yang dipilih.
  • Tidak mempunyai simpanan khas untuk digunakan ketika kecemasan.
  • Sentiasa menangguhkan untuk membuat simpanan hari tua dan terlalu mengharapkan simpanan KWSP ataupun pencen tanpa merancang dengan teliti keperluan sebenar sewaktu bersara kelak.
Namun adakah kesilapan yang sering dilakukan ini tiada penyelesaiannya? Jawapannya adalah tidak. Dalam perbincangan ini, penekanan dari aspek pengurusan kewangan yang bijak dan juga cara melabur dengan bijak akan ditekankan dan diberi penerangan satu persatu. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dibuat, terdapat beberapa tip atau kaedah yang boleh dijadikan panduan dalam menguruskan kewangan peribadi dan kaedah yang sepatutnya diamalkan dalam menguruskan pelaburan anda.

Tip menguruskan kewangan dengan bijak

Kita sering kali akur tentang kepentingan menguruskan kewangan dengan bijak kerana setiap dari kita mempunyai sumber kewangan yang terhad. Namun kita haruslah mendisiplinkan diri bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan.
Berikut merupakan beberapa tip dan panduan yang boleh dijadikan  amalan dalam merancang kewangan.
  • Pastikan setiap kali menerima gaji bahagian wang yang hendak dijadikan simpanan disimpan dalam akaun khas.
  • Rancang kewangan anda dengan teliti. Wujudkan pelan perbelanjaan peribadi khas yang meliputi perbelanjaan harian, mingguan, bulanan sehinggalah perbelanjaan tahunan.
  • Cuba elakkan dari berbelanja menggunakan kad kredit, jika masih tidak dapat mengawal diri, cuba sedaya upaya melangsaikan hutang-hutang dengan cepat dan batalkan kad anda serta merta.
  • Elakkan diri dari berhutang kecuali untuk membeli benda seperti kereta dan rumah. Jika tidak mampu, disarankan supaya anda menangguhkan dulu hasrat sehingga anda benar-benar mampu.
  • Sentiasa amalkan sikap membuat senarai barangan yang hendak dibeli sebelum pergi ke pusat membeli belah bagi mengelakkan anda dari membelanjakan wang untuk barangan yang tidak perlu..
  • Jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan anda. Perkara ini hanya akan membebankan anda di kemudian hari.
  • Adalah penting bagi anda memiliki insurans yang bersesuaian dengan anda atau keluarga. Pastikan peruntukan yang cukup disediakan bagi tujuan ini kerana apa yang pasti, malang tidak berbau.
  • Pastikan anda mempunyai tabungan khas untuk digunakan ketika berlaku kecemasan.

Tip untuk membuat pelaburan bijak

Jika mengambil kira faktor time value of money dan kadar inflasi, kita akan tertanya-tanya, mengapa wang simpanan kita tidak mencukupi untuk sesuatu tujuan sedangkan perancangan awal telah dibuat. Pada dasarnya wang kita masih sama jumlahnya dan mengikut perancangan cuma nilainya sahaja yang berkurangan.
Simpanan kita di bank tidak dapat mengatasi masalah ini kerana kebiasaannya, kadar faedah tahunan yang ditawarkan oleh bank adalah lebih rendah dari kadar inflasi tahunan. Hanya dengan membuat pelaburan, potensi untuk mengatasi masalah ini dapat dicapai. Namun begitu perlu diingat, risiko pelaburan sangat tinggi, tanpa pengetahuan yang jelas ia akan lebih merugikan anda.
Berikut merupakan beberapa tip yang dapat digunakan sebelum membuat pelaburan.
  • Kenali dengan jelas jenis pelaburan yang terdapat di pasaran. Sebagai contoh, pelaburan dalam pasaran modal seperti saham, bon, niaga hadapan, unit amanah ataupun dalam pasaran bukan modal seperti insurans, hartanah dan sebagainya.
  • Ketahui matlamat sebenar pelaburan yang bakal anda lakukan. Adakah ia bersifat jangka pendek atau pun sebaliknya.
  • Padankan matlamat pelaburan dengan profil pelaburan anda iaitu sasaran keuntungan yang anda inginkan dan juga risiko yang bakal anda hadapi. Pada dasarnya, pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, risikonya juga tinggi, sebagai contoh melabur dalam bursa saham. Begitu juga yang sebaliknya.
  • Setelah mengetahui kehendak diri, pastikan anda memilih produk pelaburan yang bertepatan dengan kehendak dan kemampuan anda. Sebagai contoh saham dan unit amanah adalah bersesuaian dengan pelabur runcit memandangkan modal awal yang diperlukan kecil berbanding niaga hadapan dan bon yang memerlukan modal awal yang besar.
  • Pastikan anda telah faham secukupnya tentang pelaburan dan membuat kajian terperinci tentang produk yang bakal anda pilih sebelum melabur. Jangan sesekali melabur berlandaskan naluri tanpa merujuk kepada apa-apa maklumat terlebih dahulu. Sebagai contoh jika anda ingin melabur dalam unit amanah, pastikan anda tahu jenis unit amanah dan syarikat yang menguruskan unit amanah itu. Rujuk prospektus pelaburan dan bandingkan antara beberapa syarikat yang menguruskan amanah sebelum memilih yang terbaik untuk melabur.
  • Cuba untuk fokus kepada matlamat pelaburan jangka panjang kerana ia lebih berkesan berbanding pelaburan jangka pendek yang lebih terpengaruh dengan apungan pasaran yang tidak menentu. Ini akan menjejaskan potensi pelaburan anda.
  • Amalkan konsep melabur secara pemurataan kos ringgit (dollar cost averaging). Konsep pelaburan ini membolehkan anda mendapat manfaat dari ketidaktentuan pasaran memandangkan pelaburan yang dibuat adalah bersifat konsisten, bukannya melabur sekali untuk satu jumlah tertentu pada satu masa sahaja.
  • Jika anda mempunyai cukup masa, wujudkan satu portfolio pelaburan peribadi. Ini adalah bertujuan mengurangkan risiko seandainya sesuatu produk yang anda pilih mengalami kegagalan. Portfolio bermaksud melabur dalam lebih daripada satu produk pelaburan.
  • Akhir sekali fokuslah terhadap matlamat pelaburan anda dan elakkan daripada dipengaruhi khabar angin. Elakkan juga diri anda dari tertipu oleh produk pelaburan palsu seperti skim cepat kaya dan sebagainya.
Pada dasarnya, sekiranya kita hendak berbincang mengenai wang, maka perkara ini mungkin tiada penamatnya. Pada hemat  saya, perkara yang paling utama yang harus ditekankan dalam diri setiap individu ialah disiplin. Hakikat tentang kepentingan disiplin dapat dilihat dengan jelas, contohnya melalui penggunaan kad kredit. Statistik menunjukkan betapa ramai rakyat Malaysia malahan penduduk di serata dunia muflis disebabkan kad kredit, walhal majoriti pengguna kad kredit terdiri daripada golongan yang berpelajaran dan berkemampuan. Mustahil golongan ini tidak tahu walau sedikit pun cara menguruskan kewangan mereka, namun perkara yang mereka sendiri tidak ingini seperti muflis berlaku ke atas mereka. Hakikatnya, tahap disiplin yang rendah dan goyah dalam amalan pengurusan kewangan peribadi yang menjadi punca utama kepada fenomena ini.
Kesimpulannya, walaupun kita mempunyai berbagai-bagai cadangan, idea atau kaedah mengenai pengurusan kewangan peribadi yang berhemah, tanpa digandingkan dengan sikap dan disiplin yang baik, nescaya ianya tidak akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan












Tuesday, December 24, 2013

Kenduri kahwin

Musim cuti sekolah ini, ramai sahabat handai dan saudara mara mengadakan kenduri kahwin untuk anak mereka. Setiap Sabtu dan Ahad sejak sebulan lepas ada saja jemputan kenduri kahwin yang perlu di penuhi. Jadual dah ada sehingga bula Januari 2014


7/12/13 - Kawan semasa di UTM Hj Farijal
             - Dua pupu Hj Abd Rahman Jaafar
15/12/13 - Sahabat lama Hj Zahari Aziz
22/12/13 - Sahabat lama Hj Zailan
28/12/13 - Kawan semasa TI Kuantan Khairul Anuar
               - Staf satu ofis Cik Riny
4/1/14  -Hj Suhaimi Saidin
12/1/14 -Hj Fawzy Yusof

Saturday, May 4, 2013

Pilihanraya PRU13

Esok 5/5/13 hari yang penting untuk seluruh rakyat Malaysia memilih kerajaan yang akan memerintah negara kita untuk lima tahun akan datang.
Saya kan mengundi di Parlimen Kelana Jaya dan DUN Subang Jaya. Inikali merupakan kali pertama saya akan undi di luar negeri Pahang .
Sebelum ni saya mengundi di Parlimen Kuantan.Undi adalah rahsia, berbagai janji yang dikemukakan oleh parti yang bertanding.

Janj-janji..............Tol hapus, PTPN hapus, harga minyak dan kereta turun,

Esok undi awal dan buat pilihan bijak.

Sunday, August 5, 2012

Berbagai Makanan

Dalam perjalanan menghantar anak-anak balik asrama, banyak tempat kena berhenti untuk singgah makan dan minum. Saya nak paparkan disini gambar-gambar yang di ambil sepanjang ini termasuk di restoran dan gerai.


Nasi putih dan sup ekor di Tapah



Mi Ladna di Tapah

Sunday, July 22, 2012

Perjalanan di bulan Ramadan

Hari ini merupakan hari kedua umat Islam berpuasa. Hari ini juga merupakan hari yang penuh cabaran dan dugaan bagi kami sekeluarga. Ketiga-tiga anak yang belajar di asrama balik ke rumah untuk menyambut awal ramadan dan berbuka puasa di rumah. Dan hari ini Ahad saya terpaksa menghantar mereka balik semula ke asrama masing-masing. Jam 10.30 pagi kami seramai 7 orang bertolak dari rumah di USJ1 , Subang Jaya menuju ke MRSM Pasir Salak.Dalam perjalanan sepanjang lebuhraya PLUS, hujan turun dengan lebatnya berhampiran Sungkai. Kami kemudian singgah sebentar di kawasan rehat dan rehat Tapah untuk mengisi minyak , dan akhirnya kami sampai di Kg Gajah jam 1.00 ptg. Anak lelaki saya yang kedua telah menawar diri untuk memandu dari Tapah ke Kg Gajah.

Selepas selesai memunggah barang dan mengucapkan selamat kepada anak yang ketiga, kami pun bertolak balik menuju KL. Tiba di Plaza Tol Tapah jam 2.30ptg, kami singgah sebentar untuk solat jamak Zuhur dan Asar. Saya sempat membuat tambah nilai kad Touch n Go, rezeki yang tak didiuga dapat rebat sebanyak RM200 kerana telah menggunakan kad PLUSmiles. Syukur alhamdulillah.

Perjalanan bersambung lagi, menuju ke arah Dengkil. Sampai di lay by Rawang arah selatan, pemandu bertukar tangan bila anak saya mula mengantuk. Perjalanan diteruskan ,dan kami keluar di Plaza Tol Putrajaya menghala Dengkil. Kami sampai di pekan Dengkil , sekolah Kiblah jam 4.20ptg. Sekolah Kiblah ialah sebuah sekolah agama swasta ,menempatkan pelajar tingkatan satu hingga lima. Anak lelaki (yang keempat dalam lima beradik ) sedang menuntut di tingkatan satu di sini. Selepas selesai mengangkat barang dan pakaian serta makanan, saya memberi sedikit wang belanja . Kami pun berlepas ke destinasi terakhir iaitu Seremban.

Dari pekan Dengkil , keluar ke pekan Nilai dan masuk semula ke lebuhraya PLUS di plaza tol Nilai selatan. Kami tiba di Kolej Mara Seremban jam 5.10ptg. Di sini anak kedua saya sedang mengambil kursus A Level selama 2 tahun.

Kami keluar di plaza tol Seremban jam 6.00ptg menuju balik Subang Jaya. Dalam perjalanan singgah sebentar di kawasan rehat dan rawat Seremban untuk membeli makanan untuk berbuka. Saya telah memesan nasi goreng dan teh tarik.

Perjalanan di sambung lagi, keluar di Plaza tol Kajang dan menghala ke Subang Jaya melalui lebuhraya LDP (Litrak) . Alhamdulillah sampai di rumah jam 7.30ptg, dan sempat berbuka di rumah bersama isteri , anak yang sulung dan yang bongsu. Keseluruhan perjalanan memakan masa selama 9 jam.



Thursday, July 5, 2012

KMS

Sudah lama tak menulis dalam ruangan ini. Semalam merupakan lembaran baru kepada anak lelakiku yang akan meneruskan pengajiannya di Kolej MARA Seremban dalam bidang kejuruteraan. Tempoh pengajian selama 2 tahun ,sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia atau New Zealand insyaallah. Sehingga kini dah 4 orang anak yang belajar di asrama, seorang di Skudai ,seorang di Pasir Salak, seorang di Dengkil dan seorang lagi di Seremban. Jadual hujung minggu padat dengan program melawat anak2 yang berada di merata tempat.Tinggallah kami bertiga dirumah bersama yang bongsu yang masih belajar di tahun 1.Adik yang tinggal dirumah pun dah bertanya bila dia akan keasrama mengikut jejak langkah abang dan kakaknya.

Tuesday, November 1, 2011

Petua

Penawar kencing manis

Rebus secekak daun pegaga dengan dua gelas air.Setelah mendidih dan agak pekat, sejukkan dan tapis. Minum air ini sekali sehari setelah makan malam.

Rebus kulit jering,petai dan buah pinang muda dengan tiga gelas air sehingga tinggal satu gelas. Minum setiap malam sebelum tidur.